Monday, 6 May 2013

Blackout Semasa Kira Undi Punca PR Kalah PRU13??


blackout semasa kira undi punca PR kalah
blackout semasa kira undi punca PR kalah PRU13??

 Kejadian blackout semasa pengiraan undi semalam mengundang banyak kecurigaan.Ramai juga yang mendakwa blackout semasa kira undi punca PR kalah pada PRU13 ini.Apakah benar atau tidak saya tidak berani konfirmasikan tetapi sama-samalah kita fikir logik peristiwa itu :



Plot pengiraan undi semalam :

1.Sebelum blackout,Pakatan Rakyat (PR) mendahului jumlah undi dengan 50++ manakala BN 30++.
2.Tiba-tiba blackout.
3.Kira semula dan hanya selepas sekitar 30 minit BN mendahlui dengan jumlah undi 90++.


Inilah peristiwa yang menyebabkan ramai kecurigaan tentang blackout tersebut.Apakah pendapat anda pula?


sumber : aadesigns94.com


6 comments:

  1. Dah banyak kali diingatkan, bersedia dengan blackout ni. Tapi semua degil. Taknak bawak lampu kecemasan pun masa pengiraan undi.

    ReplyDelete
  2. saya pun heran,event penting yg diadakan 5 tahun sekali ni pun boleh blackout,takda backup power supply pulak tu,siapa yang tak curiga kalau macam ni.

    ReplyDelete
  3. tak payah pelik bro, banyak kemungkinan boleh berlaku. salah satunya ialah pihak kerajaan lurus bendul dengan tak mahu racist dan menuduh sebarangan atau bersangka buruk. tapi ada "satu tangan ghaib" mengambil kesempatan atau kelemahan ini untuk menimbulkan suasana huru -hara dan tak puas hati.

    simple sahaja nak buat tuduhan, sekalipun api terpadam seminit dan tiada kejadian "menukar undi" berlaku sudah cukup untuk membakar rasa tak puas hati.

    adakah kejadian blackout dibeberapa tempat boleh mengubah keseluruhan keputusan? padahal yang menjadi mata memerhati tu ramai.

    pengurusan SPR tak boleh jadi sempurna kalau ada penglibatan orang dalam sama dalam usaha memalukan SPR.ada tak kemungkinan?

    cuba lihat kronologi semua kejadian dan cuba telitikan "apa yang tersembunyi" disebalik kejadian...mulakan dgn dakwat kekal...logik tak permintaan tu? inai pun kena ambik masa serap dan kering baru boleh bertahan seminggu dua..sebab sifat kulit manusia berminyak dan bersalin kulit..siapa mintak dakwat kekal? patutnya buat tatoo terus.kan banyak peluang nak wujudkan polemik.
    kemudian kes blackout, kerajaan dan SPR dah atur yang terbaik tapi masih ada peluang nak mewujudkan "isu" .ibaratnya cukup sekadar si lelaki keluar dari bilik dengan pakaian kusut masai meninggalkan si perempuan . orang akan kata perempuan tu sudah "melakukannya" dan mendapat nama buruk.
    kejadian bangla penghuni hantu..perasan tak siapa kebanyakan yang jadi troopers menagkap bangla2 tu? dan kenapa tak tangkap semasa atau selepas mengundi supaya kita konfem nama mereka ada dalam daftar mengundi...semua tangkapan adalah diatas jalan. satu lagi cubaan memburukkan SPR dan BN. logik tak kita nak merompak beramai2 datang sekali dan tanpa sembunyi2 dengan muka bertopeng dihadapan ramai saksi? sama situasi muka bangla berbas-bas datang..bukankah obvious?
    kejadian ni boleh berlaku dengan pelbagai cara.. Boleh jadi si A dalang keseluruhan yang mengarah susun atur kejadian atau secara teori domino.. A memulakan sahaja tapi seterusnya pihak lain menyambung. apa-apa pun semua membawa kerugian pada Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Black out?? Kat mana...cuba listkan tempat....kan senang nk kesan. Jgn dok sebut2 mcm tu jerr....yg aku tau blackout kt Bentong,tp DAP yg menang

    ReplyDelete
  5. ADUN Ketari dari DAP cakap kat Bentong TAKDE BLACKOUT..

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2013%2F5%2F8%2Fnation%2F13080247&sec=nation&utm_source=TSOL_main&utm_medium=links&utm_campaign=GE13

    ReplyDelete
  6. Adun ketari cakap betul xde blackout...pusat mengundi kat pekan ketari memang xde...tapi berapa puluh tempat mengundi untuk aDUN KETARI...begitu juga tempat tempat diseluruh Malaysia...so kamu jabbar jangan nak puji sangat SPR tu,,,spr tu 100 sokong umno..

    ReplyDelete