Friday, 3 May 2013

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013

 
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013


Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013 kembali lagi dengan hadiah keseluruhan bernilai RM30 000 untuk dimenangi!!!Pertandingan telah dibuka sejak 15 April dan akan berakhir pada 31 Julai 2013.

Sila dapatkan borang penyertaan di Pejabat Pentadbiran Sekolah atau muat turun di www.pos.com.my dan www.skmm.gov.my .


Terdapat 3 kategori dalam Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia ini iaitu:

1)Kategori A : Untuk pelajar sekolah rendah darjah 1 hingga 6.
2)Kategori B : Untuk pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5.
3)Kategori C : Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.


Setiap peserta mestilah menulis surat kepada Perdana Menteri(PM) Malaysia berdasarkan topik yang ditetapkan bagi setiap kategori iaitu:

a)Kategori A : Tulis surat kepada PM kenapa anda sayang akan Malaysia.Panjang surat ialah 200-300 patah kata.
b)Kategori B : Tulis surat kepada PM tentang cadangan anda bagaimana memajukan kawasan tempat tinggal anda.Panjang surat ialah 500-750 patah kata.
c)Kategori C : Sabah telah dicerobohi baru-baru ini,tulis surat kepada PM tentang sebab-sebab mengapa rakyat perlu memiliki sikap patriotisme.

Semua surat yang dihantar mestilah berformat tidak rasmi.

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

a)Peserta mestilah warganegara Malaysia.
b)Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
c)Karya mestilah asli.
d)Surat mesti ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
e)Surat mesti ditulis dengan tangan dan kemas.Tidak dibenarkan menggunakan komputer.
f)Sila sertakan sampul surat kosong beralamat sendiri dan bersetem 80 sen dalam surat dan borang penyertaan.
g)Penyertaan kategori A dan B mestilah disahkan / dicop oleh pihak sekolah.
h)Hantarkan surat dan borang penyertaan anda ke alamat :

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA 2013
P.O BOX 1000
50796 KUALA LUMPUR

i)Panduan sampul surat,lihat gambar di bawah:

sampul surat untuk menghantar surat dan borang penyertaan.
sampul surat kosong yang disertakan dalam borang dan surat penyertaan.



Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan kecuali:
1)Tiada sampul surat kosong beralamat sendiri dan setem 80 sen disertakan.
2)Alamat tidak lengkap.
3)Tidak memenuhi terma dan syarat.

KRITERIA PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN

a)Takrif tajuk=10 markah
b)Idea=40 markah
c)Bahasa=30 markah
d)Olahan=20 markah

SENARAI HADIAH PEMENANG

Seramai 3 pemenang utama dan 10 pemenang saguhati akan dipilih.

1)JOHAN :

Kategori A : RM1000,Album Setem,Sijil Penghargaan,Hadiah Iringan daripada PMB dan SKMM,Wang Tunai RM3000 dan Sijil Penghargaan untuk Sekolah.
Kategori B : RM2000,Album Setem,Sijil Penghargaan,Hadiah Iringan daripada PMB dan SKMM,Wang Tunai RM3000 dan Sijil Penghargaan untuk Sekolah.
Kategori C : RM2000,Album Setem,Sijil Penghargaan,Hadiah Iringan daripada PMB dan SKMM.

2)NAIB JOHAN :

Kategori A : RM750,Album Setem,Sijil Penghargaan,Hadiah Iringan daripada PMB dan SKMM.
Kategori B : RM1500,Album Setem,Sijil Penghargaan,Hadiah Iringan daripada PMB dan SKMM.
Kategori C : RM1500,Album Setem,Sijil Penghargaan,Hadiah Iringan daripada PMB dan SKMM.

3)TEMPAT KETIGA :

Kategori A : RM500,Album Setem,Sijil Penghargaan,Hadiah Iringan daripada PMB dan SKMM.
Kategori B : RM1000,Album Setem,Sijil Penghargaan,Hadiah Iringan daripada PMB dan SKMM.
Kategori C : RM1000,Album Setem,Sijil Penghargaan,Hadiah Iringan daripada PMB dan SKMM.

4)SAGUHATI 10X

Kategori A,B,C : RM200,Album Setem,Sijil Penghargaan,Hadiah Iringan daripada PMB dan SKMM.

Untuk sebarang maklumat/pertanyaan,sila hubungi :

SEKRETARIAT
PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA 2013
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
POS MALAYSIA BERHAD
TINGKAT 7,IBU PEJABAT POS MALAYSIA
KOMPLEKS DAYABUMI
50670 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2267 2203  / 2267 2206
Faks : 03-2267 2255